Aiman kurang 'selesa' Remy Ishak-Fathia Latiff berganding

October 9, 2015 | By | Reply More


FATHIA bersama teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza. Gambar kecil, Remy Ishak. – Foto ihsan Fathia

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Fathia Latiff mengakui teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza kurang selesa apabila beliau digandingkan dengan aktor Remy Ishak.

Gadis berusia 28 tahun itu bakal menjayakan drama bersiri 40 episod arahan Erma Fatima yang dijadual memulakan penggambaran awal bulan depan.

“Aiman kurang gemar apabila mengetahui saya bakal bergandingan dengan Remy untuk drama bersiri itu. Namun bukan kerana dia tidak suka pada aktor itu sebaliknya risau kami akan kurang meluangkan masa bersama.

“Kebiasaannya saya akan berehat sekiranya Aiman sibuk dengan penggambaran dan begitulah sebaliknya. Dia risau jika perkara itu membuatkan hubungan semakin renggang kerana kedua-dua sibuk bekerja.

“Saya merancang untuk menerima semula tawaran berlakon bermula tahun hadapan tapi peluang untuk bekerja di bawah arahan Kak Erma seperti bulan jatuh ke riba.

“Sudah lama saya menantikan peluang itu tapi sebelum ini jadual saya selalu bertembung,” katanya kepada BH Online.

FATHIA bakal menjayakan sebuah drama bersiri 40 episod arahan Erma Fatima. – Foto Instagram

Tambah Fathia, biarpun ramai pihak mempunyai pelbagai persepsi terhadap cara kerja Erma namun beliau percaya pengarah tersohor itu mempunyai sudut keibuan dalam dirinya.

“Seperti semua sedia maklum, Kak Erma dikenali dengan karakter tegas sebagai pengarah. Namun, saya yakin dia mempunyai sifat keibuan dan tidaklah garang seperti digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Saya pernah berlakon di bawah arahan Kak Erma untuk majlis Anugerah Skrin tahun lalu dan merasa bangga menjadi sebahagian daripada karyanya,” kata Fathia.

Selain itu, Fathia bakal memulakan penggambaran drama bersiri genre komedi arahan Bade Azmi esok.

Beliau berharap agar keserasian bersama Remy dapat diwujudkan menerusi drama 13 episod itu.

Category: Hiburan

About the Author ()


Leave a Reply