Archive for November, 2015

Permohonan Kunan, Ab Rauf batal saman Anina diputus 7 Dis

Permohonan Kunan, Ab Rauf batal saman Anina diputus 7 Dis

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa kedudukan Anina Saadudin sebagai anggota Umno terbatal secara automatik apabila dia memfailkan saman terhadap Umno. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Anina telah melanggar perlembagaan parti dan sebagai anggota Umno, Anina terikat dengan peraturan dan undang-undang parti itu. Beliau mewakili Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor […]

November 30, 2015 | By | Reply More
Tanah runtuh di Taman Orkid Desa

Tanah runtuh di Taman Orkid Desa

Satu kejadian tanah runtuh kecil dilaporkan berlaku di kawasan perumahan Taman Orkid Desa di ibunegara malam ini. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian itu tidak menjejaskan sebarang struktur bangunan di sekitar kawasan itu. Katanya pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 8.36 malam. “Sejurus menerima laporan […]

November 30, 2015 | By | Reply More
Turki tak akan minta maaf

Turki tak akan minta maaf

Brussels: Perdana Menteri Turki semalam berkata, negaranya tidak akan meminta maaf kepada Russia kerana menembak jatuh pesawat pejuang negara berkenaan yang menceroboh ruang udaranya di sempadan Syria. Ahmed Davutoglu juga berkata, negaranya berharap Moscow akan menimbang semula sekatan ekonomi yang diumumkannya berikutan kejadian minggu lalu. Bercakap kepada pemberita di Brussels, Ahmed berkata: “Baik Perdana menteri […]

November 30, 2015 | By | Reply More
Perkasa benteng!

Perkasa benteng!

Kuala Lumpur: Kapten Selangor Shahrom Abd Kalam menegaskan benteng pertahanan Merah Kuning tidak perlu terlalu ghairah mengekang dua penyerang import Pahang Dickson Nwakaeme dan Matias Conti pada separuh akhir pertama Piala Malaysia malam esok.

November 30, 2015 | By | Reply More
Razman terkilan tak dapat beraksi

Razman terkilan tak dapat beraksi

Kuantan: Perasaan terkilan tidak dapat disembunyikan kapten Pahang Razman Roslan di sebalik kejayaan pasukan itu mara ke separuh akhir Piala Malaysia kerana dia masih lagi belum dapat turun beraksi. Pemain pertahanan itu berkata, kecederaan buku lali kanan dialami belum memberi petanda untuk sembuh 100 peratus menjelang pertemuan dengan musuh tradisi Selangor di Stadium Darul Makmur, […]

November 30, 2015 | By | Reply More
Shukor gelisah lawan Kedah

Shukor gelisah lawan Kedah

azlanmz@hmetro.com.my Kuala Lumpur: FELDA United kehilangan dua tonggak utama apabila Indra Putra Mahayuddin dan Christie Jayaseelan tidak dapat membantu The Fighters layak ke final Piala Malaysia. Indra Putra tidak dapat diturunkan bagi separuh akhir pertama malam esok akibat penggantungan kad kuning manakala Christie terpaksa berehat kerana patah bahu ketika aksi suku akhir menentang Johor Darul […]

November 30, 2015 | By | Reply More
Soto harap PKNS kekalkan pemain, jurulatih

Soto harap PKNS kekalkan pemain, jurulatih

sukan@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Walaupun perjuangan PKNS pada aksi Piala Malaysia terhenti setakat suku akhir apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Kedah dengan agregat 4-2, pemain importnya Gonzalo Soto tetap berpuas hati dengan prestasi kelab itu musim ini. Bagi pemain pertahanan dari Argentina itu, sebagai pasukan berstatus kelab malah beraksi pula dalam Liga Perdana, layak ke suku […]

November 30, 2015 | By | Reply More
Bantu Chong Wei raih emas

Bantu Chong Wei raih emas

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk bekas pemain dalam usaha membantu Datuk Lee Chong Wei (gambar) meraih emas sulung Olimpik Rio tahun depan. Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, seluruh negara sudah pasti akan membantu Chong Wei dalam usaha meraih emas sulung Olimpik buat kontinjen negara. “Melihat kepada […]

November 30, 2015 | By | Reply More
Syarat Poad

Syarat Poad

aida_adilah@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Jurulatih Badrul Hisyam Abdul Manap, Mohd Poad Md Kassim akan melakukan apa saja bagi memastikan kerjaya anak didiknya itu tidak terhenti selepas ini termasuk membenarkan pelari itu berlatih di pusat latihan olahraga negara di Bukit Jalil. Bagaimanapun kebenaran itu bersyarat iaitu sekiranya ada jurulatih yang mampu memperbaiki catatan masa yang dilakukannya setakat […]

November 30, 2015 | By | Reply More
City, Reds pilihan

City, Reds pilihan

London: Manchester City dan Liverpool mengetuai senarai pasukan yang dijangka melangkah ke separuh akhir Piala Liga minggu ini ketika aksi suku akhir berlangsung tanpa beberapa nama besar. Dengan Arsenal, Manchester United, Tottenham Hotspur serta juara bertahan Chelsea sudah tersingkir, City dan Liverpool sudah tentu menjadi pilihan untuk beraksi di final yang bakal berlangsung 28 Februari […]

November 30, 2015 | By | Reply More