Archive for May, 2016

Spesifikasi Samsung Gear Fit 2 Tertiris

Spesifikasi Samsung Gear Fit 2 Tertiris

Rekaan Samsung Gear Fit 2 sudah tertiris sejak bulan. Kini spesifikasi peranti pengesan kesihatan ini pula tertiris lebih awal dari sepatutnya. Ia dilengkapi skrin melengkung 1.55″ SAMOLED dengan resolusi 216 x 432 pixel, diperkasakan pemproses 1 GHz dua teras, RAM sebesar 512 MB dan storan sebesar 2 Gigabyte. Dari segi bateri pula ia sebesar 200 […]

May 31, 2016 | By | Reply More
Waranti boleh dilanjut jika kenderaan kerap rosak

Waranti boleh dilanjut jika kenderaan kerap rosak

ADAKAH kenderaan anda sering mengalami kerosakan? Memang menjadi kebiasaan bagi pemilik kenderaan untuk mengalami masalah kerosakan kereta selepas menggunakannya dalam tempoh tertentu. Biasanya kenderaan itu akan dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Mereka juga mungkin terpaksa membelanjakan wang untuk membaiki kereta itu, jika tempoh jaminannya tamat. Pada 2014, aduan tertinggi yang membabitkan nilai kerugian ialah sektor […]

May 31, 2016 | By | Reply More
Ku Nan: 'Jika benar bertanding, dia akan dipecat'

Ku Nan: 'Jika benar bertanding, dia akan dipecat'

Mana-mana ahli Umno yang menjadi calon, pencadang atau penyokong parti pembangkang dalam pilihan raya akan dipecat, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Katanya, perkara itu telah pun termaktub dalam perlembagaan Umno dan tindakan tegas serta-merta akan diambil kepada ahli parti yang menentang Umno. Tengku Adnan berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai […]

May 31, 2016 | By | Reply More
Tunggang aksi Superman, 2 sahabat dipenjara 5 hari

Tunggang aksi Superman, 2 sahabat dipenjara 5 hari

Aksi Superman dua sahabat ketika menunggang motosikal, mengundang hukuman masing-masing penjara empat hari dandenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam, selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara berbahaya. Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu ke atas pembantu mekanik, Jamaluddin Osman, 21, dan pembantu jurujual, Muhammad Ikmal Rustam Efendy, 21, serta memerintahkan mereka menjalani […]

May 31, 2016 | By | Reply More
Manfaat menyeluruh

Manfaat menyeluruh

Tokyo: Pemberian tender Projek Kereta Api Laju (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura bukan berlandaskan tawaran harga dan spesifikasi semata-mata, tetapi ia turut meliputi aspek sampingan lain yang akan memberi pulangan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuannya dengan rakan sejawat, Taro Aso dan beberapa […]

May 31, 2016 | By | Reply More
Cuepacs mohon k'jaan timbang bonus raya sebulan gaji

Cuepacs mohon k'jaan timbang bonus raya sebulan gaji

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang Aidilfitri nanti. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata pemberian itu sebagai suatu yang wajar dan menjadi keperluan, mengambil kira faktor sempena sambutan perayaan dan kenaikan harga barangan serta kos sara hidup yang kian meningkat pada […]

May 31, 2016 | By | Reply More
Hab pasaran PKS

Hab pasaran PKS

hafizithnin@mediaprima.com.my Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) melihat tindakan Amerika Syarikat membatalkan sekatan perdagangan terhadap Iran pada Januari lalu memberi kesan positif kepada peningkatan dagangan dua hala antara negara berkenaan dengan negara asing lain termasuk Malaysia. Perkara itu membolehkan lebih ramai pemain industri tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meneroka pasaran di […]

May 31, 2016 | By | Reply More
Digi Incub8 bangun  syarikat pemula

Digi Incub8 bangun syarikat pemula

Kuala Lumpur: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan Digi Incub8, program inkubator pertama sebagai sokongan dan komitmen membangunkan ekosistem syarikat pemula tempatan di Sabah dan Sarawak. Ketua Pegawai Digitalnya, Praveen Rajan berkata, sebagai permulaan Digi Incub8 memberi fokus kepada pengukuhan idea dan mencari perniagaan dalam kalangan syarikat pemula golongan muda dengan menyediakan kemudahan asas untuk […]

May 31, 2016 | By | Reply More
142 produk dikomersialkan

142 produk dikomersialkan

Kuala Lumpur Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mencatatkan 142 produk yang dikomersialkan sejak 2014 hasil daripada aktiviti penyelidikan tempatan, sekali gus menjadikannya berada di landasan betul mencapai 360 produk dikomersialkan menjelang 2020. Sejak Januari hingga Mei 2016, 10 produk dikomersialkan dan 145 produk penyelidikan dalam proses dipasarkan yang dijangka diperkenalkan secara berperingkat […]

May 31, 2016 | By | Reply More
Sasar jualan naik 30%

Sasar jualan naik 30%

bisnes@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Jakel Trading Sdn Bhd (JAKEL) menerusi segmen perniagaan tudungnya, Galeri Ariani menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 30 peratus menjelang akhir Ramadan ini, didorong oleh pelancaran koleksi Ariani Lebaran 2016. Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, Ariani Lebaran 2016 menampilkan pelbagai koleksi pakaian wanita merangkumi 100 pilihan hijab bersama barisan […]

May 31, 2016 | By | Reply More