5 Juadah Wajib Ada Jika Berkelah Hujung Minggu

October 1, 2016 | By | Reply More


Berkelah adalah antara aktivti yang sesuai dilakukan pada hujung minggu. Tak semestinya perlu ke air terjun mahupun sungai untuk berkelah. Ia boleh dilakukan di taman-taman rekreasi ataupun di tepi tasik.

BACA: Bila Orang Putih Cuba Makan Kaki Ayam

Makanan yang lazat dan menyelerakan adalah satu elemen terpenting ketika berkelah dan lebih menyelerakan makanan tersebut disediakan secara homemade.

Kami cadangkan beberapa jenis menu yang sesuai untuk dibawa berkelah. Yang pasti untuk menyediakannya mudah, pantas dan sedap.

Karipap

Gambar: kuihtradisionalazi.com
Gambar: kuihtradisionalazi.com

Hampir semua daripada kita mengemari kuih karipap. Ia sering menjadi pilihan ramai untuk pelbagai jenis majlis bahkan sesuai untuk sarapan mahupun minum petang. Oleh kerana itu karipap menjadi pilihan kami untuk di bawa pergi berkelah, janji inti dan kulit pastrinya sedap!

Keropok Ikan

Gambar: auberginecateringkl.wordpress.com
Gambar: auberginecateringkl.wordpress.com

Ketika berkelah masa yang ada pasti kita hendak luangkan bersama mereka yang tersayang maka oleh kerana itu pilihan makanan yang dibawa hendaklah ringkas tetapi tetap lazat. Pasti meralitkan mengunyah keropok ikan yang dicicah sos cili sambil berborak dengan mereka yang tersayang.

Mee goreng atau Nasi Goreng

Gambar: recipeshubs.com
Gambar: recipeshubs.com

Seeloknya pilih menu yang tidak berkuah untuk dibawa pergi berkelah. Bukan apa supaya lebih mudah dibawa dan tidak tumpah. Mee goreng atau nasi goreng adalah pilihan yang baik kerana ia boleh dimasukkan sumber protein seperti ayam atau daging berserta sayur-sayuran.

Taburkan sekali hirisan telur goreng dan cili potong di atas mee atau nasi goreng tersebut sebagai hiasan dan menambah rasa.

BBQ Ayam

Gambar: vemale.com
Gambar: vemale.com

Selain bersantai sambil menikmati makanan yang dibawa apa kata sertakan sekali aktivti BBQ ayam atau daging. Aktiviti BBQ ini suatu aktiviti yang bagus kerana ia akan melibatkan ramai orang dalam proses menyiapkannya baik daripada perapan sehinggalah menyediakan bara api untuk membakar ayam.

Dadih

Gambar: SP Models Kitchen
Gambar: SP Models Kitchen

Selain coklat dan jeli yang boleh didapati di kedai, apa kata malam sebelum pergi berkelah sediakan terlebih dahulu dadih dan sejukkan dalam peti ais. Gunakan serbuk dadih segera yang terdapat di pasaran tak sampai 15 minit pasti dadih sudah tersedia.

Dadih yang sejuk dan lembut pasti tidak akan ditolak sebagai pencuci mulut.

Selain menikmati juadah yang anda juga boleh mengisi masa yang ada ketika berkelah dengan permainan-permainan berkumpulan seperti bola beracun, mini futsal, ataupun mainan papan seperti dam dan catur. Pokoknya meluangkan masa dengan orang yang kita sayangi. Selamat berhujung minggu!

Category: Makan

About the Author ()


Leave a Reply