5 Cadangan Menu Kenduri Kahwin Yang Anda Boleh Cuba

October 2, 2016 | By | Reply More


Sekarang sudah masuk bulan Oktober, menandakan hampir ke penghujung tahun dan perkara yang sering menjadi kewajipan pada hujung tahun adalah majlis kenduri perkahwinan.

BACA: Akibat Banjir, Kenduri Kahwin Dalam Air

Dalam waktu ini tuan rumah sekeluarga sedang pening dengan persiapan untuk majlis perkahwinan dan pasti mahukan yang terbaik dan bersesuaian dengan bajet yang ada.

Pilihan menu antara perkara yang menjadi fokus tuan rumah kerana tujuan utama majlis kenduri perkahwinan diadakan untuk menjamu tetamu yang hadir.

Berikut antara beberapa cadangan yang menu yang mungkin anda boleh cuba untuk majlis kenduri perkahwinan anda.

Nasi Minyak+Ayam Masak Merah+Dalca Sayur+Acar Timun

Gambar: kuihkelantan.com
Gambar: kuihkelantan.com

“Bila boleh makan nasi minyak kamu ni?” Haa inilah jawapan kepada persoalan yang sering ditujukan orang kepada pengantin. Gabungan menu ini adalah satu gabungan klasik evergreen yang menjadi kesukaan ramai orang. Yang lebih menarik bajet untuk menu ini tidaklah terlalu besar.

Nasi Hujan Panas+Ayam Goreng Berempah+Kari Daging+Acar Rampai

Gambar: azlitamasammanis.com
Gambar: azlitamasammanis.com

Nampak rare kan nama menu.. Jangan risau untuk menu ini tak semestinya perlu tunggu waktu hujan panas. Dengan nasi yang berwarna warni dan ayam goreng berempah yang digoreng panas-panas pasti membuka selera para hadiran anda.

Nasi Briyani+Daging Briyani+Kurma Ayam+Papadom+Acar Timun

Gambar: sethlui.com
Gambar: sethlui.com

Beras basmathi yang dimasak dengan pelbagai rempah berserta daging pasti membangkitkan selera para tetamu. Keranggupan papadom dan kesegaran acar timun pasti menambah kelazatan nasi briyani yang dimakan.

Nasi Putih+Gulai Lemak Nenas Ikan Masin+Ikan Keli Goreng+Ulam+Sambal Belacan

Gambar: ciptarasanoly.blogspot.com
Gambar: ciptarasanoly.blogspot.com

Mungkin ada yang berpendapat pilihan menu ini tidak bersesuaian dengan majlis perkahwinan. Usah risau para tetamu kini sudah berfikiran terbuka dan ramai yang mengemarkan menu ala kampung ini. Menu ini juga dapat membuka selera tetamu yang sudah jemu dengan ayam dan daging.

Nasi Tomato+Daging Masak Kurma+Ayam Goreng Kunyit+Jelatah Timun Nenas

Gambar: dapurkakjee.com
Gambar: dapurkakjee.com

Menu ini juga satu pilihan klasik yang evergreen dan sering menjadi pilihan ramai orang. Untuk buatkan ia lebih menarik, ayam boleh digoreng panas-panas ditepi meja buffet. Pasti lebih membangkitkan selera para tetamu.

INFO TAMBAHAN:
*Gandingkan pilihan menu berkenaan dengan air sirap selasih yang sejuk pasti lebih menarik
*Sebagai pencuci mulut boleh sediakan buah oren atau buah tembikai, ia lebih menjimatkan
*Boleh juga sediakan teh tarik dan kuih-muih untuk tetamu
*Gunakan bekas makanan yang sentiasa boleh dipanaskan agar makanan lebih tahan lama
*Buat bajet secukupnya agar tidak membazir

Category: Makan

About the Author ()


Leave a Reply