Kronologi kes penggantungan Annuar Musa

January 31, 2017 | By | Reply More


KOTA BHARU 20 JANUARY 2017. Pemain import The Red Warriors (TRW), Alessandro Padovani Celin, 27, dari Brazil ketika ditemui pada sidang media pengenalan konsortium penaja Al Hamra dan perlancaran jersi baru Kelantan 2017 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC). NSTP/SYAMSI SUHAIMISYAMSI SUHAIMI

KUALA LUMPUR: Majlis MARA hari ini memutuskan untuk menggantung jawatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi agensi itu dan anak syarikatnya, Pelaburan MARA Bhd (PMB) berkuat kuasa serta merta.

Penggantungan itu diputuskan bagi memberi laluan siasatan berkaitan tajaan MARA melalui PMB dan UniKL terhadap pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Berikut adalah kronologi isu tajaan membabitkan TRW yang mana Annuar Musa ketika itu adalah Presiden KAFA, pemilik pasukan TRW.

12 Januari 2017 – Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Annuar menjelaskan tajaan diterima pasukan Kelantan yang didakwa menggunakan tabung pendidikan daripada PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Turut dimuat naik gambar resit tajaan berkenaan.

12 Januari 2017 – Annuar menegaskan PMB tidak pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan, sebaliknya logo agensi itu pada jersi pasukan Kelantan diberi secara percuma. Beliau turut jelaskan UniKL tidak pernah taja atau beri biasiswa kepada pelajarnya.

13 Januari 2017 – Annuar berkata pengedaran salinan surat, baucer dan dokumen perjanjian tajaan sebagai bukti keterbukaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam urusan penajaan.

13 Januari 2017 – Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengarahkan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menangguh sebarang bentuk penajaan bagi 2017, hanya penajaan pendidikan dibenarkan.

14 Januari 2017 – Annuar beri jaminan akan memberi laporan terperinci kepada Ismail berhubung isu penajaan komersial membabitkan agensi itu dan UniKL ke atas TRW Sdn Bhd musim lalu.

15 Januari 2017 – Annuar menegaskan sanggup bertanggungjawab dan ‘memulangkan’ semula semua penajaan daripada PMB dan UniKL kepada pasukan Kelantan jika benar dakwaan ia menggunakan dana tabung pendidikan.

17 Januari 2017 – PMB dan UniKL menafikan mereka menggunakan dana daripada tabung pendidikan dan biasiswa pelajar bagi menaja pasukan Kelantan.

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply