HARAPAN lebih teruk dari BN kerana bertunjangkan DAP – Zuhdi

May 1, 2017 | By | Reply More


MUKTAMAR I Pakatan Harapan lebih teruk daripada BN kerana bertunjangkan DAP, kata Pengarah  Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Bercakap dalam konteks cita-cita PAS untuk menawan semula Kedah, Zuhdi berkata HARAPAN tidak layak untuk mentadbir negeri ini.

“Pakatan Harapan lebih teruk dari BN. Kalau BN tunjang dia adalah Umno, Pakatan Harapan tunjang dia DAP. Tak ada beza,” kata Zuhdi di ceramah yang diadakan sempena Muktamar PAS di Alor Setar malam tadi.

Zuhdi kemudiannya menyenaraikan semua aspek-aspek negatif komponen HARAPAN.

Beliau menyifatkan DAP mengamalkan rasuah, mendakwa mereka telah merampas Pulau Pinang “seperti Umno” selepas penggal kedua pada tahun 2013.

Beliau memberi contoh dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, serta penglibatan seorang ahli perniagaan dalam projek penambakan tanah kontroversi di negeri ini.

[Berita penuh menyusul]

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply