Mama Rock meninggal dunia

June 1, 2017 | By | Reply More


BEKAS Presiden Persatuan Kebajikan Artis Pelapis Malaysia, Soeprihati Sikom meninggal dunia akibat serangan jantung dikediamannya di Kuang, Selangor, 9 malam semalam.

Persatuan Seniman Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan Soeprihati atau dikenali Mama Rock menghembuskan nafas terakhirnya di samping keluarga pada awal usia 60-an.

Katanya, urusan pengebumian jenazah pelakon drama dan filem tempatan terbabit akan dilakukan di kediaman berkenaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 17 Kuang, hari ini.

“Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian.

“Persatuan Seniman Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Mama Rock semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah di Syurga Allah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 2:27 AM

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply