Tawar rumah bandar

June 2, 2017 | By | Reply More


Sepang: MCT Berhad yang mengendalikan projek pembangunan Cybersouth menawarkan kediaman jenis rumah bandar dikenali sebagai Bellevue dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM136 juta.

Pengurus Kanan Pemasaran MCT Sean Pang berkata, projek berkenaan menawarkan 264 unit di kawasan seluas 10 ekar.

“Projek ini terletak dalam kawasan dengan kepadatan rendah dan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil.

“Ia terletak berhampiran dua taman permainan, selain bersebelahan taman rekreasi yang turut memuatkan rumah kelab yang akan dibina kelak,” katanya selepas sidang media di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap unit menempatkan dua pemilik kediaman dengan unit atas menikmati ruangan santai di bahagian luar.

“Kami memberi pilihan kepada pembeli untuk memilih unit bawah atau atas yang mempunyai kelebihan ruangan yang boleh digunakan untuk majlis kecil-kecilan.

“Semua unit ditawarkan dengan kemudahan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta keluasan ruang bermula dari 1,160 kaki persegi. Harga ditawarkan bermula dari RM430,000,” katanya.

Pang berkata, projek Bellevue ini dijangka siap menjelang 2020 dan pembeli yang berminat boleh mengunjungi rumah contoh disediakan.

Menurutnya, pihaknya turut menawarkan fasa keempat di bawah pembangunan Cybersouth yang menawarkan kediaman jenis teres dua tingkat dan kini dibuka untuk pendaftaran.

“Harga ditawarkan masih dalam lingkungan mampu milik iaitu kurang dari RM800,000 dan ia masih dalam peringkat rekaan,” katanya.

Fasa pertama dan kedua projek pembangunan Cybersouth terdiri daripada rumah teres dua tingkat sudah dijual sepenuhnya dan penyerahan kunci dibuat pada 2018.

Category: Bisnes

About the Author ()


Leave a Reply