Adinda Sultan Selangor mangkat

June 8, 2017 | By | Reply More


SEBAHAGIAN ahli keluarga memasuki Istana Alam Shah, Klang bagi menziarahi Allahyarhamah Tengku Putri Sofiah, adinda kepada Sultan Selangor yang mangkat siang tadi. – Foto Faiz Anuar

SHAH ALAM: Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, hari ini.

Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat kira-kira jam 4 petang dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.

“Majlis pemakaman jenazah Tengku Puteri Sofiah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5 di sini pada kira-kira jam 10 pagi esok.

SEBAHAGIAN ahli keluarga memasuki Istana Alam Shah, Klang bagi menziarahi Allahyarhamah Tengku Putri Sofiah, adinda kepada Sultan Selangor yang mangkat siang tadi. – Foto Faiz Anuar

“Namun, tiada sebarang majlis istiadat negeri sempena kemangkatan Tengku Puteri Sofiah,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Dalam pada itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam ini.

Bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk Almarhum Tengku Puteri Sofiah turut diadakan. – BERNAMA

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply