Siasat 'hadiah' set golf bernilai RM45,000

June 15, 2017 | By | Reply More


KETUA Pengarah sebuah agensi penguatkuasaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung set golf bernilai RM45,000 yang diterimanya.

Sumber SPRM berkata, selain Ketua Pengarah bergelar Datuk Seri itu, tiga lagi pegawai termasuk pembantu peribadinya dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

“Lelaki berusia 50-an itu dipercayai menerima set golf bernilai RM45,000 daripada pihak tertentu.

“Jadi, kami memanggil individu itu selain tiga pegawai lain untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan, ” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkannya namun enggan mengulas lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 8:23 PM

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply