DJ YY meninggal dunia

June 18, 2017 | By | Reply More


KOMPOSER, penulis lirik dan penyampai radio Mutiara FM Pulau Pinang, Yasser Yusof meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi di Hospital Pulau Pinang, hari ini.

Yasser atau lebih dikenali sebagai DJ YY, 40, disahkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di rumahnya di Pangsapuri Pelangi, Gat Lebuh Maccalum.

Arwah dikejarkan ke HPP pada 3 petang dan dimasukkan ke Zon Kritikal dan diberikan rawatan rapi dan pemeriksaan lanjut namun meninggal dunia pada 1 pagi.

Jenazah kemudian dimandikan pada 8.30 pagi sebelum disembahyangkan di Surau Al-Iman, Blok 7, Pangsapuri Pelangi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Jelutong.

Arwah meninggalkan seorang balu, Masuri Omar, 37, dan enam anak berusia antara empat tahun hingga 16 tahun.

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply