Bangsal mat gian jadi stor mercun

June 19, 2017 | By | Reply More


SEBUAH bangsal yang sebelum ini markas penagihan dadah di Kampung Gong Pauh, Chukai, dikesan menjadi lokasi simpanan mercun bernilai RM30,000, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun serta merampas enam pil kuda dalam serbuan di bangsal terbabit kira-kira 1 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di bangsal berkenaan kemudian menemui 17 guni mercun bola, 50 kotak pelbagai saiz Happy Boom, 55 kotak Sakura Rose dan sebagainya.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berkenaan memperolehi bekalan mercun dari Thailand untuk pasaran sekitar Kemaman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kemaman di sini, hari ini.

Menurut Mohd Said, lelaki berkenaan direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan juga Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kami akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui sumber sebenar kesemua mercun berkenaan diperolehi kerana rampasan ini adalah yang terbesar di daerah ini pada tahun ini,” katanya.

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply