Dr M bidas sikap tak acuh AG terhadap saman DOJ

June 19, 2017 | By | Reply More


Reaksi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung tindakan terkini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap penyelewengan dana 1MDB adalah “menggelikan hati”, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisan di blog sejak DOJ memfailkan saman sivil pada Khamis lalu, bekas perdana menteri itu berkata, kenyataan Apandi bahawa Jabatan Peguam Negara tidak dirujuk oleh Amerika Syarikat adalah aneh memandangkan Malaysia enggan bekerjasama dengan penyiasat Switzerland.

“Tetapi peguam negara diketahui tidak bekerjasama dalam siasatan 1MDB dengan rakan asing. Peguam negara Switzerland telah menyatakan ini dengan jelas.

“Beliau menyatakan ‘walaupun berulang kali (Peguam negara Malaysia) berkata akan bekerjasama dengan mana-mana agensi asing menyiasat skandal 1MDB, (ia) enggan memberikan jawapan kepada permintaan pejabat Peguam Negara Switzerland untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai isu itu’,” tulis Mahathir .

Beliau merujuk kepada dakwaan berulang kali oleh Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bahawa rakan sejawatannya dari Malaysia tidak menyahut permintaan untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

[Berita penuh menyusul]

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply