GMMF kutuk serangan London

June 19, 2017 | By | Reply More


Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa. – Foto NSTP/Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) mengutuk keras insiden serangan di Masjid Finsbury Park yang menyebabkan seorang terbunuh dan 10 cedera, hari ini.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, berkata pihaknya bimbang dengan peningkatan kejadian keganasan di Britain, termasuk membabitkan ideologi Daesh dan Islamfobia.

“Kedua-dua ideologi ini mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu perasaan kebencian dan ketuanan, yang bertentangan dengan nilai kehidupan masyarakat yang aman dan sederhana secara global.

“GMMF menggesa semua pihak supaya bertenang kerana siasatan sedang dijalankan.

memanjatkan doa dan simpati kepada mangsa dan mereka yang terjejas, termasuk rakyat dan kerajaan Britain,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian jam 12.30 malam tadi, sebuah van merempuh pejalan kaki di Finsbury Park di utara ibu kota England yang mengakibatkan seorang terbunuh dan 10 cedera.

Pemandu van berkenaan yang berusia 48 tahun ditahan orang ramai di lokasi kejadian dan ditahan polis.

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply