Lelaki bersenjata rempuh van polis di Paris

June 19, 2017 | By | Reply More


PASUKAN polis Perancis memeriksa mayat suspek di tempat kejadian insiden di mana sebuah kereta merempuh sebuah van polis di Champs-Elysees Avenue di Paris, Perancis. – Foto REUTERS

PARIS: Seorang lelaki cedera parah selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah van polis di jalan Champs-Elysees.

Menurut polis, suspek yang bersenjata kelihatan sengaja melanggar kenderaan polis.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre-Henry Brandet berkata, polis menarik pemandu yang kelihatan seperti sudah mati itu keluar dari kereta yang terbakar.

Tiada anggota polis atau orang awam cedera dalam insiden yang berlaku berhampiran dewan pameran Grand Palais itu.

Pendakwa raya antipengganas sudah memulakan siasatan insiden berkenaan.

Polis menutup dua stesen metro di Champs-Elysees, pusat pelancongan utama di ibu negara Perancis, susulan kejadian itu – AFP

Category: Dunia

About the Author ()


Leave a Reply