Rumah kongsi hangus

June 19, 2017 | By | Reply More


SEBUAH rumah kongsi berhampiran Hotel Easy Crystal di Jalan Pantai Chenang, Langkawi musnah dalam kebakaran, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 5.45 petang itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra Penolong Penguasa Bomba Azri Md Saad berkata, tiga jentera bersama tiga pegawai dan 11 anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.54 petang.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah kongsi empat pintu kelas C yang dihuni warga asing. Bagaimanapun, semua penghuni terbabit melarikan diri sejurus kebakaran berlaku,” katanya.

Katanya, rumah berkenaan mengalami kerosakan kira-kira 90 peratus, namun punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply