Sumbat mercun dalam MPV

June 19, 2017 | By | Reply More


PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menahan seorang lelaki berusia 35 tahun dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM3,425 di Pasar Borong Pandan, Jalan Pandan Ria, Johor Bahru, Johor, hari ini.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, ketika penugasan Ops Landai, kira-kira 7 pagi, enam anggota PPM Tampoi memeriksa sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta dekat pasar berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui pelbagai mercun dalam kenderaan itu dan memaklumkan kepada seorang lelaki warga tempatan di kenderaan itu bahawa perbuatannya itu salah mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

“Semua mercun serta kenderaan itu dirampas dan lelaki terbabit ditahan sebelum dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Johor untuk proses dokumentasi,” katanya.

Beliau berkata, semua mercun yang dirampas keseluruhannya berjumlah 130 kotak pelbagai jenis, dianggar bernilai RM3,425 dan kenderaan berkenaan bernilai RM45,000.

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply