Tambah cawangan

June 20, 2017 | By | Reply More


Kuala Lumpur: Coolblog Dessert Sdn Bhd, pemegang francais rangkaian minuman dan pencuci mulut jenama Coolblog, menyasar untuk mencapai jualan RM30 juta hingga RM40 juta tahun ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Latihan Coolblog Dessert, Nurul Ashikin Mohamed Aris berkata, unjuran berkenaan didorong rancangan penambahan sekitar 25 hingga 30 cawangan menerusi sistem perniagaan francais kepada pelabur yang berminat.

“Pakej francais yang ditawarkan untuk membuka seunit cawangan Coolblog berjumlah RM155,000 dan ia bergantung kepada saiz dan lokasi.

“Sehingga kini, Coolblog mempunyai 300 cawangan di seluruh Malaysia serta di Surabaya, Indonesia,” katanya.

Menurutnya, sasaran jualan juga kekal positif meskipun industri makanan dan minuman (F&B) masih berdepan cabaran ekonomi selain penurunan kuasa pembeli.

Dalam masa sama, Nurul Ashikin berkata, Coolblog turut memperkenalkan produk baru iaitu Cool Kathira, minuman bersusu dengan campuran jeli kurma, jeli kathira, biji selasih dan pandan sempena Ramadan tahun ini.

Katanya, syarikat menyasarkan untuk menjual sekurang-kurangnya 100,000 botol Cool Kathira sepanjang Ramadan ini.

“Kami menjangkakan Cool Kathira bakal mendapat sambutan hangat apatah lagi selepas memperlihatkan kejayaan menjual kira-kira 50,000 botol dalam tempoh seminggu ia diperkenalkan,” katanya.

Category: Bisnes

About the Author ()


Leave a Reply