WWE2K18 Akan Hadir Pada 17 Oktober

June 20, 2017 | By | Reply More


Sukan gusti amat popular dua dekad yang lalu. Rancangan Smackdown ialah tontonan wajib secara berjemaah semasa kami masih di kolej. Stone Cold, The Rock dan Mankind adalah watak seakan adiwira yang terkenal di seluruh dunia. Kini sukan gusti mungkin tidak sepopular dahulu tetapi permainan videonya masih mempunyai jutaan peminat.