Dua penagih dadah diburu

August 23, 2017 | By | Reply More


DUA lelaki dipercayai penagih dadah kini diburu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang dan polis selepas meloloskan diri ketika ditahan di ibu pejabat agensi itu di Temerloh, kelmarin.

Pengarah AADK Pahang Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, Hairul Nizam Jasmi, 36, dan Mohammad Azmil Mohammad Khalib, 33, masing berasal dari Taman Sri Kemuning, Temerloh sedang dikesan pihaknya selepas melarikan diri ketika ditahan di ibu pejabat AADK Temerloh.

Difahamkan dua lelaki terbabit ditahan dalam operasi besar-besaran membanteras aktiviti pengedaran dan penagihan dadah dijalankan AADK Pahang di sekitar Temerloh sebelum mereka meloloskan diri kira-kira 9 malam.

Abdul Ghani berkata, operasi mencari dua lelaki terbabit turut dilakukan dengan kerjasama polis dan pihaknya turut melakukan siasatan dalaman mengenai kejadian berkenaan.

“Siasatan dalaman juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana suspek meloloskan diri. Adakah anggota kita melanggar SOP (prosedur operasi standard) kerja. Itu kita akan siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki itu boleh menyalurkan kepada AADK Temerloh atau menghubungi balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply