Berani Zainal nyanyi pasal korupsi, kata Adibah Noor

August 30, 2017 | By | Reply More


Kadang-kadang deria orang seni memang cepat mengesan sesuatu yang dipandang biasa bagi orang kebanyakan.

Apatah lagi apabila suasana dihangatkan dengan pelbagai hiburan yang mengasyikkan.

Justeru ketika jutaan orang berseronok menyaksikan persembahan ramai artis terkenal mendendangkan pelbagai lagu popular, pengacara, pelakon dan penyanyi Adibah Noor sempat mengusik.

Komen penyanyi Terlalu Istimewa itu muncul di Twitter semasa Datuk Zainal Abidin menyampaikan salah satu lagu ikonnya, Hijau, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Berani abang Zainal nyanyi pasal korupsi, opresi depan para pemimpin heheheh,” katanya.

 

 

Penyanyi dari pelbagai generasi memeriahkan majlis penutup malam ini. Antaranya ialah Amy Search, Datuk Sheila Majid dan Man Bai.

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply