GERAH di bas MARA Liner

September 13, 2017 | By | Reply More


KUALA LUMPUR : Tiga bas MARA Liner memaparkan kempen Gerakan Revolusi AntiRasuah (GERAH) dan 3J (Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle) selama setahun.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Awang Adek Husin, berkata iklan yang melitupi kenderaan itu adalah antara bukti sokongan MARA terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bersama menolak rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, bas berkenaan adalah perkhidmatan penumpang yang menggunakan laluan Kuala Lumpur ke Bandar Penawar, Johor; Kuala Lumpur ke Kuala Nerang; Kedah dan Kuala Lumpur ke Perlis.

“Orang ramai boleh melihat bas berkenaan yang sudah beroperasi bermula hari ini, ia tajaan sepenuhnya MARA.

“Semua kakitangan MARA di seluruh negara serta lapan negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Mesir, Russia, Jerman, Australia, Indonesia dan Ireland boleh menyaksikan majlis pelancaran ini yang ditayang secara langsung,” katanya pada Majlis Pelancaran Program GERAH dan Kempen 3J MARA bersama SPRM di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

GERAH dilancar pada 8 Mei lalu sebagai gerakan revolusi sosial untuk mengubah pemikiran, sikap dan pandangan masyarakat terhadap rasuah dan pelaku rasuah untuk membenci perbuatan terkutuk itu.

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply