Rosmah lawat Feynman School di Maryland

September 13, 2017 | By | Reply More


WASHINGTON DC: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, melawat Feynman School, sebuah sekolah bagi kanak-kanak pintar, di Maryland, di sini.

Feynman School adalah sekolah pendidikan bersama persendirian bagi kanak-kanak berbakat besar dalam bidang akademik, berusia lima tahun hingga 14 tahun.

Sekolah itu menggabungkan perkembangan pesat, pemikiran aras tinggi, pemikiran kritikal dan hubungan antara disiplin, untuk meningkatkan kreativiti serta menambah pemahaman yang mendalam mengenai dunia sebenar.

Rosmah mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke sini.

Rosmah berada di sekolah itu lebih satu jam melawat kelas, berinteraksi dengan pelajar dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah, Susan Gold; Pengarah Eksekutif. Robert Gold serta Pengarah Pembangunan Kurikulum, Maya Manning. – BERNAMA

Category: Semasa

About the Author ()


Leave a Reply