14 pondok Madrasah Muhammadiah Kota Bharu terbakar

75



KOTA BHARU: Sebanyak 14 buah pondok di Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir di sini, musnah dalam kebakaran malam ini, namun tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Nazili Mahmood berkata ketika kejadian pukul 7.50 malam, kesemua pondok yang diperbuat daripada kayu itu tiada penghuni.

“Mereka (penghuni) ketika kejadian berada di surau madrasah berkenaan untuk aktiviti keagamaan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Nazili berkata tiga buah jentera bersama-sama 21 anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenan pada kira-kira 9 malam.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.

— BERNAMA





Source link