Biarlah apa orang cakap kita tak mampu tutup mulut mereka – Ibu Iqram Dinzly

11



IBU kepada aktor Iqram Dinzly, Lalitol Akmar Mohamed Shaffie, 67, mengakui dia sedar dengan pelbagai kejian yang diberikan kepada anaknya yang didakwa gila dan sesat.

“Saya tahu ada yang mengeji Iqram, tetapi saya tidak mengambil peduli apa yang mereka katakan kerana Iqram berperangai seperti biasa sahaja di rumah.

“Biarlah apa orang cakap, kita tak mampu tutup mulut mereka,” ujar Lalitol.

[BACA: “Netizen Adili Saya Seolah-olah Mereka Terlalu Suci” – Iqram Dinzly Akui Ada Sebab Berperangai Pelik]

Menerusi kenyataan Lilatol kepada portal MStar, dia ada menegur Iqram jika anaknya ada membuat perkara yang melampaui batas.

“Sebagai seorang ibu, saya ada menasihati Iqram mana yang perlu, tetapi Iqram memberitahu dia tahu apa yang sedang dilakukannya.

“Selama ini, semasa menjaga arwah ayah di hospital, anak saya banyak menerima pelbagai penghinaan namun Iqram tetap bersabar.

“Namun Iqram terus dikutuk semasa membuat ‘live video’ di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi,” katanya.

Kelakuan ‘pelik’ Iqram di laman sosial Instagram mencuri perhatian netizen dan ramai yang mendakwa Iqram kini sudah ‘gila’ dan ‘sesat’.

[BACA: Iqram Dinzly Sedia Bertemu Mufti Wilayah Persekutuan]

Sumber: MStar Online





Source link