Virgil van Dijk sertai Liverpool dengan nilai 75 juta pound sterling

5



PEMAIN Southampton Virgil van Dijk sah menyertai kelab Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai 75 juta pound sterling, rekod tertinggi pernah dicatat untuk pemain pertahanan.

Liverpool mengesahkan Van Dijk bakal melengkapkan perpindahan berkenaan pada 1 Januari 2008.

Spekulasi perpindahan pemain kebangsaan Belanda itu bertiup kencang sejak musim panas lalu, selepas beliau mengemukakan permohonan untuk berpindah.

Namun usaha itu dikatakan hampir gagal kerana Liverpool menggunakan saluran tidak sah untuk menawarkan tempat kepada pemain berusia 26 tahun itu.

Van Dijk bakal memakai jersi nombor 4 di Liverpool.

Dalam reaksinya, pemain itu berkongsi keterujaan di Intagram dan menyifatkan beliau gembira dapat menyertai salah satu kelab terbesar dalam dunia bola sepak.





Source link