3 perkara yang dipelajari selepas Liverpool kalahkan City

36


INI tiga perkara yang dipelajari selepas Liverpool menjadi pasukan pertama menewaskan Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (Premier League) selepas 30 perlawanan.

Liverpool menang 4-3 ke atas Manchester City semalam di Anfield.

BACA: Liverpool buktikan Manchester City tidak kebal, tak perlu Coutinho

1. Pengurus Liverpool tidak akan membuat pembelian panik bulan Januari ini

Selepas menewaskan Manchester City, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp membuat kenyataan bahawa kejayaan itu membuktikan Liverpool mampu bersaing tanpa Philippe Coutinho, yang dijual kepada Barcelona dengan £142 juta.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meraikan kejayaan Liverpool menewaskan Manchester City semalam.

Kemampuan untuk menewaskan Manchester City mengukuhkan lagi keyakinan Klopp bahawa dia akan bijak menggunakan wang yang diperoleh daripada penjualan Coutinho dan tidak membuat pembelian yang tergesa-gesa untuk menggantikan pemain itu.

2. Oxlade Chamberlain berbakat di bahagian tengah

Sepanjang di Arsenal, Alex-Oxlade Chamberlain tidak diberi peluang untuk bermain di posisi yang digemarinya iaitu di bahagian tengah.

Sentiasa diturunkan di bahagian sayap, dia turut menjadi bahan jenaka orang ramai termasuk penyokong Liverpool sendiri, apabila menyatakan impiannya untuk menyamai legenda kelab itu, Steven Gerrard.

Alex-Oxlade Chamberlain menjaringkan gol pertama Liverpool menentang Manchester City semalam.

Namun sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini, Oxlade Chamberlain semakin menyerlah di bahagian tengah, seakan mampu mengisi tempat kosong yang ditinggalkan Coutinho.

Dia sudahpun menjaringkan tiga gol untuk Liverpool dalam Premier League dan mencipta tiga lagi gol (assist) untuk Liverpool berbanding hanya dua gol dan tujuh ‘assist’ di Arsenal musim lepas.

Oxlade-Chamberlain juga mempunyai kepantasan dan kekuatan yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dalam taktikal yang dimainkan Klopp.

3. Manchester City akan tetap muncul juara musim ini

Walaupun tumpas kepada Liverpool, yang pertama selepas 30 perlawanan liga perdana Inggeris, City akan tetap muncul juara.

Kalah kepada Liverpool, Manchester City masih mengungguli liga dengan 62 mata, 15 mata di hadapan pencabar terdekat Manchester United.

Manchester City sudah menjaringkan 67 gol dan bolos hanya 17 kali dalam 23 perlawanan musim ini.

Tiada pasukan lain yang dibarisi pemain yang pantas dan tahap kecergasan yang tinggi dalam Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool.

Di bahagian tengah, Klopp membariskan tiga pemain yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi iaitu Georginio Wijnaldum, Emre Can dan Oxlade-Chamberlain untuk memberi tekanan kepada penyerang.

Pasukan-pasukan besar mempunyai kemampuan tersebut namun pengendali pasukan mereka tidak berani mempamerkan taktikal berani seperti yang Klopp aplikasikan pada Ahad.

Kebanyakan pasukan akan turun bertahan dan cuba melakukan serangan balas selain berpuas hati dengan membawa pulang satu mata.





Source link