Ditimbus banjir lumpur kanak-kanak 2 tahun berjaya ditarik keluar

9



SANTA BARBARA: Kanak-kanak dua tahun antara mangsa yang berjaya ditarik keluar dari timbunan lumpur akibat banjir yang melanda Selatan California.

Mangsa itu diselamatkan selepas tangisannya didengari orang awam dan lantas meminta pertolongan pasukan penyelamat.

Dia dikejarkan ke hospital dan mengalami kecederaan pada pinggulnya.

“Saya tidak tahu bagaimana kanak-kanak itu boleh terselamat, “ ujar Berkeley Johnson, yang merupakan seorang saksi dan juga penduduk di kawasan berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Johnson berkata hujan telah berlarutan selama satu jam sebelum banjir lumpur tersebut melanda.

Jelasnya, dia dan isteri terdengar tangisan selepas hujan reda dan mereka berjaya menaiki bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.

Pasangan itu kemudian menyertai pasukan bomba untuk menarik keluar kanak-kanak yang tertimbus itu.

“Sekiranya kami tidak ke sana, saya rasa kanak-kanak itu tidak akan selamat,’ ujarnya lagi.

Menurut polis, 17 orang masih hilang dan jumlah kematian meningkat pada petang Rabu selepas dua lagi mayat dijumpai.

Lebih dari 50 orang berjaya diselamatkan namun masin banyak tempat tidak dapat diakses.

Beberapa jalan terpaksa ditutup, termasuk lebuh raya ‘U.S. Route 101’ yang tidak akan dibuka semula sehingga Isnin.





Source link