Gempa bumi lemah landa Ranau

11



KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah, pada 8.13 malam, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata lokasi gempa bumi itu ialah 11 kilometer Barat Ranau.

Gegaran dirasai di kawasan Ranau, kata kenyataan itu.

— BERNAMA





Source link