Harga diesel kini lebih mahal daripada petrol

6


Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik naik 3 sen bagi tempoh 11 hingga 17 Januari 2018.

Diesel yang naik 6 sen pada minggu lalu, kekal pada harga RM2.32 seliter.

Ini menjadinya lebih mahal berbanding harga petrol RON95 yang akan dijual pada harga RM2.26 seliter mulai tengah malam ini.

Harga baru bagi petrol RON97 pula adalah RM2.53 seliter.

Harga itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sebentar tadi.

Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.

 





Source link