Kalau nak jumpa saya on je – Liow Tiong Lai

6



KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersedia berjumpa mana-mana persatuan pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan kewujudan sistem perkhidmatan ‘e-Hailing’.

Menurutnya, beliau juga bersedia menerangkan kepada kumpulan yang tidak berpuas hati itu mengenai perkhidmatan tersebut.

Kata beliau, sistem perkhidmatan ‘e-Hailing’ mematuhi undang-undang negara selepas ia dibenarkan beroperasi susulan pindaan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Kita sedang dalam usaha untuk memastikan ‘e-Hailing’ dan teksi sama platform, mempunyai syarat-syarat yang sama seperti pemeriksaan kenderaan di Puspakom selain jenis lesen memandu.

BACA: Kerajaan tidak takut ugutan pemandu teksi – TPM Ahmad Zahid

BACA: Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik – Shamsubahrin

BACA: Pemandu teksi sokong PH: Saya akan ‘ugut’ lebih lagi – Shamsubahrin

“Oleh itu, tidak perlulah ugut kerajaan, komen sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada orang yang bertanggungjawab. Apapun isunya, boleh jumpa saya bila-bila masa, kita bincang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah Pride of Workmanship Award anjuran kelab-kelab Rotary Malaysia kepada 36 kakitangan KTMB di KL Sentral di sini, hari ini.

BACA: “Alahai, kenapalah pemandu teksi masih ditakuk lama?” – rungut netizen

BACA: “Bukan dia boleh selam hati nurani semua pemandu teksi” – Alias

BACA: #Teksi4.0: Nilai siapa bantu siapa – Nancy

Cuma kata Tiong Lai, beliau belum menerima surat daripada pihak pemandu teksi, sepertimana yang didakwa pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail bahawa surat telah dihantar namun tidak dilayan pihaknya.

Sebelum ini juga, Shamsubahrin turut mengugut kerajaan dengan mengatakan sekitar 70 peratus pemandu teksi akan mengundi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya isu antara teksi konvensional, Grab dan Uber tidak diselesaikan.





Source link