'Manifesto Untuk 99%' dari Gabungan Kiri Malaysia

11


Sebuah gabungan kiri mengutarakan enam idea utama penambahbaikan dasar yang mereka percaya akan memberi manfaat kepada 99 peratus rakyat Malaysia dan menangani masalah yang dibawa oleh kapitalisme.

Kumpulan itu, yang dikenali sebagai Gabungan Kiri Malaysia, berkata ia adalah hasil perbincangan hampir setahun dan memberi tumpuan kepada isu-isu ekonomi dan kebajikan.

Enam idea utama dalam “Manifesto Untuk 99%” itu adalah seperti berikut:

1. Pengagihan kekayaan yang saksama melalui percukaian yang adil, pelaburan dalam pendidikan dan dasar sosial yang afirmatif.

2. Pendidikan universiti percuma untuk semua.

3. Gaji yang mampu hidup untuk semua pekerja.

4. Perumahan berkualiti tinggi untuk agar mampu dimiliki atau disewa.

5. Dana pencen untuk semua.

6. Transformasi kepada sebuah ekonomi yang hijau dan berteknologi tinggi.

Gabungan Kiri berkata tujuan mereka dalam melancarkan manifesto itu adalah mengutarakan dasar alternatif dan merangsang perbincangan.

“Kami berharap mana-mana parti politik yang bertanding pada pilihan raya yang akan datang untuk menyerap Manifesto kami.

“Mari kita membina Malaysia untuk 99 peratus rakyat, bukan untuk 1 peratus,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Antara 13 penandatangan kenyataan bersama itu ialah PSM, Jerit, Buku Jalanan Shah Alam, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia, Solidariti Anak Muda Malaysia dan Projek Dialog.

Butiran manifesto tersebut boleh diakses di sini.

[Baca berita penuh]





Source link