Meghan Markle tutup semua akaun media sosial

16



LONDON: Bakal isteri Putera Harry, Meghan Markle, telah menutup semua akaun media sosialnya bagi menghormati tradisi keluarga diraja Britain.

Istana Kensington dalam sebuah kenyataan memaklumkan mengenai tindakan pelakon terkenal Hollywood itu yang telah memadam akaun Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.

Istana itu turut berkata, Markle sangat berterima kasih dengan semua peminat yang mengikuti perkembangannya di media sosial sejak bertahun lamanya dan dia sudah lama tidak menggunakannya.

Bagi mereka yang masih mahu mengikuti perkembangan hidup Markle, Istana Kensington turut mempunyai akaun media sosialnya sendiri.

Terdahulu pada Selasa, pasangan itu membuat lawatan di sebuah stesen radio komuniti di Brixton di mana ratusan orang ramai beratur di jalanan bagi menyambut kehadiran mereka.

Ia merupakan lawatan rasmi kedua pasangan itu selepas mengumumkan pertunangan mereka pada November.

Markle dan Harry bakal berkahwin pada 19 Mei di Istana Windsor.





Source link