P Pinang digesa dedah proses bida projek terowong dasar laut

7


Kerajaan Pulau Pinang diminta mendedahkan proses Permohonan Cadangan (RFP) bagi projek terowong dasar laut di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek itu.

Timbalan ketua komunikasi strategik BN, Eric See-To berkata, kerajaan negeri harus menjelaskan bagaimana sebuah syarikat dipilih untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi projek itu.

“Kerajaan Pulau Pinang harus mengeluarkan minit mengapa pembida dipilih dan yang lain ditolak, serta minit mereka yang hadir dan apa yang dibincangkan semasa rundingan dengan pembida, sebelum perjanjian akhir yang membawa kepada syarat-syarat yang dipertikaikan yang memihak kepada kontraktor menggunakan perbelanjaan rakyat Pulau Pinang.

“Dengan membolehkan ramai mengambil bahagian dalam RFP terbuka bukanlah persoalan¬†paling penting, tetapi bagaimana dan apa asas pihak terakhir dipilih dan rundingan selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Projek Terowong bawah laut sepanjang 7.2 kilometer menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam menerusi selat Pulau Pinang.

Sebahagian besar projek bernilai RM6.3 bilion telah dianugerahkan kepada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Kajian kebolehlaksanaan bagi projek itu dilaporkan bernilai RM305 juta.

Bernama semalam melaporkan SPRM telah berkunjung ke beberapa lagi lokasi di Pulau Pinang dan ibu negara untuk mengambil dokumen bagi membantu siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung projek berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya juga telah merakam percakapan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan terhadap projek mega berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagaimanapun mengecam siasatan berkenaan dan mendakwa bahawa tiada wang dibayar untuk kajian kebolehlaksanaan tersebut, yang mana hanya siap 92 peratus.





Source link