Pemanas air meletup ragut 8 nyawa 50 parah

9



TONDELA: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 50 yang lain dilaporkan cedera parah selepas sebuah pemanas air meletup di Bandar Tondela di Utara Portugal pada Sabtu.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan berada di dalam kediaman dua tingkat itu untuk menyaksikan pertandingan kad terup.

Pihak berkuasa bagaimanapun belum dapat memastikan punya sebenar pemanas air itu meletup sehingga mencetuskan kebakaran besar.

Siasatan masih lagi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.





Source link