PKR S'gor tak dirujuk sebelum HARAPAN buat kenyataan

3


Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata pihaknya “tidak pernah dirujuk” berhubung kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh tiga parti lain Pakatan Harapan (HARAPAN) berkaitan pengumuman yang dibuat dalam konvensyen pakatan itu Ahad lalu.

“Saya telah rujuk PKR Selangor, (dan difahamkan) kami tak tak pernah dirujuk tentang kenyataan (bersama) tersebut.

“Jadi tak timbul PKR tidak bersama (dengan DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Kami tidak dirujuk, sudah tentu kami hanya tahu dari laporan media sahaja,” kata menteri besar Selangor itu kepada wartawan selepas sesi bertemu rakyat di Masjid Zakaria, Gombak.

Rabu lalu, nama Azmin sebagai Ketua PKR Selangor tidak termasuk dalam kenyataan bersama yang ditandatangani oleh pengerusi negeri Selangor bagi parti AMANAH, BERSATU dan DAP.

Kenyataan bersama itu menyokong deklarasi pembangkang termasuklah pengumuman pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

Ketiadaan nama wakil PKR dalam kenyataan itu menimbulkan kemusykilan berkenaan situasi politik di Selangor apabila penyokong Azmin mempertikai keputusan HARAPAN meletakkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.

[Berita lanjut menyusul]





Source link