Tetapkan anak tidur awal hidup ibu bapa lebih gembira

15



PASTI ramai ibu bapa yang berpendapat bahawa apabila mempunyai anak kecil, sukar untuk mereka mendapatkan tidur cukup.

Namun, ibu bapa boleh mengelakkan perkara itu terjadi jika mereka dapat memastikan anak-anak dapat tidur tepat pada waktunya.

Kajian terbaharu Growing Up in Australia menunjukkan anak-anak yang tidur seawal jam 8.30 malam akan membantu meningkatkan kualiti kesihatan sekali gus membantu menambah kualiti hidup ibu bapa.

Menurut kajian itu, ibu bapa harus tegas dalam hal ini, terutamanya berkaitan usaha menyusun jadual tidur anak-anak.

Menurut Persekutuan Tidur Sedunia (NSF), ibu bapa perlu mengehadkan masa kanak-kanak menggunakan gajet terutamanya sebelum tidur.

Ini kerana cahaya yang dipancarkan daripada gajet boleh melambatkan pembebasan melatonin yang menjejaskan proses tidur. Ia juga meningkatkan kewaspadaan dan seterusnya mengakibatkan waktu tidur anak-anak turut terganggu.

Badan itu turut menyarankan ibu bapa menetapkan penggunaan gajet berskrin dua jam sebelum tidur.

Selain itu, NSF turut menyarankan agar jadual waktu tidur ditetapkan agar minda kanak-kanak terbiasa dengan waktu tersebut.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh memaksimumkan aktiviti harian mereka, menghindarkan kandungan berkafein dan juga memastikan bilik tidur anak-anak sentiasa dalam suasana yang gelap untuk memudahkan mereka melelapkan mata.





Source link