Kebakaran di KWSP Jalan Bukit Gasing Apa yang anda yang perlu tahu

5


PETALING JAYA: Sebanyak 40 peratus bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya terbakar selepas lapisan luar bangunan (cladding) itu terbakar.

‘Cladding’ yang mudah terbakar itu juga menyebabkan kebakaran merebak cepat sehingga ke tingkat paling atas bangunan berkenaan di tingkat enam.

Semua 600 pekerja dan pelangan yang berada di dalam bangunan berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dipercayai disebabkan percikan api susulan kerja penyelenggaraan dan ditambah dengan faktor cuaca panas dan angin kuat.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan media menyatakan pejabat  itu ditutup buat sementara waktu.

Kenyataan rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP mengenai pengumuman penutupan pejabat cawangan Petaling Jaya buat sementara waktu ekoran berlakunya kebakaran bangunan di cawangan tersebut.

Timbalan Ketua Eksekutif Operasi KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish menegaskan hanya ‘cladding’ sahaja yang terbakar dan tiada kebakaran yang berlaku di dalam bangunan.

Laporan Bomba menyatakan ‘cladding’ yang digunakan adalah bahan mudah terbakar seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London. Bahan ‘cladding’ ialah polyethylene (polyfoam), bahan yang mudah terbakar.

Lapisan pelindung luar bangunan (cladding) berfungsi sebagai penebat haba dan rintangan cuaca di samping meningkatkan tahap estetika sebuah bangunan.

Kronologi kebakaran di KWSP Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya

Kronologi kejadian kebakaran bangunan KWSP Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Apa kata netizen?

Ramai pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan berkenaan kejadian kebakaran di bangunan KWSP.





Source link