Kena tahu sebab 8 makanan seharian ini tidak sepatutnya dipanaskan semula

10


MEMANASKAN semula makanan menjadi sebahagian cara hidup kita. Sama ada lebihan makanan malam, makanan yang telah lama dibeli atau makanan yang disimpan dalam peti sejuk, ketuhar gelombang mikro merupakan ‘sahabat baik’ kita di dapur.

Mudah. Masukkan dalam ketuhar, set waktu, dan panaskan. Sekelip mata, seperti makanan yang baru.

Bagaimanapun, satu kajian yang dibuat menunjukkan, memanaskan semula beberapa makanan kegemaran boleh membahayakan kesihatan, terutama jika ia tidak disimpan dengan betul sebelum itu.

Ini contoh lapan makanan, yang  boleh memberi anda keracunan makanan atau lebih teruk jika ia dipanaskan atau disimpan dengan tidak betul

SADERI, BAYAM dan UBI BIT

Haba boleh menyebabkan zat nitrat daripada sayur-sayuran ini mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya pabila ia dipanaskan untuk kali kedua. Oleh itu, sebaiknya keluarkan makanan ini dari senarai apa sahaja makanan yang ingin dipanaskan semula.

mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya pabila ia dipanaskan untuk kali kedua

Haba boleh menyebabkan nitrat daripada bayam mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya pabila ia dipanaskan untuk kali kedua

CENDAWAN

Secara umumnya, cendawan, perlu dimakan segera sejurus selepas siap dimasak. Protein dalam cendawan boleh hilang  sebaik sahaja ia dipotong, dan itu berita buruk untuk perut anda.

Protein dalam cendawan boleh hilang  sebaik sahaja ia dipotong

TELUR

Memanaskan semula protein ini apabila ia sudah direbus atau dimasak boleh menjadi toksik, dan boleh mendatangkan kesan buruk  dalam sistem pencernaan anda.

Memanaskan semula telur apabila ia sudah direbus atau dimasak boleh menjadi toksik

KENTANG

Kentang sedikit rumit jika dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan ia perlu disejukkan dengan segera kerana suhu panas boleh menggalakkan pertumbuhan botulisme, bakteria yang jarang berlaku.

Botulisme tidak boleh dibunuh dengan cepat di dalam ketuhar gelombang mikro, jadi sebaiknya sejukkan dengan segera untuk elak sebarang masalah dengan pemanasan semula.

Kentang sedikit rumit jika dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan ia perlu disejukkan dengan segera kerana suhu panas boleh menggalakkan pertumbuhan botulisme

NASI

Bagaimana ia dismpan sebelum dipanaskan boleh menyebabkan masalah. Menurut Agensi Piawaian Makanan, “Beras yang tidak masak boleh mengandungi spora bakteria yang dapat menyebabkan keracunan makanan.

Apabila beras dimasak, spora dapat bertahan, kemudian, jika beras ditinggalkan pada suhu bilik, spora akan berkembang dan boleh menghasilkan racun yang menyebabkan muntah atau cirit-birit. Pemanasan semula nasi tidak akan menghilangkan racun ini. “.

Beras yang tidak masak boleh mengandungi spora bakteria yang dapat menyebabkan keracunan makana

AYAM

Komposisi protein dalam ruji makan malam sebenarnya berubah ketika ayam yang telah dimasak dipanaskan untuk kedua kalinya. Ia sebenarnya boleh menyebabkan masalah pencernaan, jadi jika anda lebih suka memanaskan daging anda, pastikan ia dimasak dengan teliti – bahagian dalamnya harus benar-benar panas!

Komposisi protein dalam ruji makan malam sebenarnya berubah ketika ayam yang telah dimasak dipanaskan untuk kedua kalinya

Sumber: Mirror.co.uk





Source link