Mainan untuk mereka yang obses picit jerawat

11


MANUSIA tidak pernah lekang dengan perlakuan pelik yang ada kalanya hingga ke tahap merosakkan diri.

Ada yang suka menghidu petrol dan ada pula yang teruja makan sabun. Tetapi lain pula ceritanya dengan satu pasangan di Amerika Syarikat ini yang terlalu obses memicit jerawat.

Sedar yang tindakan ini boleh merosakkan seri wajah, pasangan Billy dan Summer Pierce melancarkan sebuah alat permainan yang dicipta khas bagi meringankan obsesi terhadap perlakuan buruk itu.

Permainan yang diberi nama “Pop it Pal” ini membolehkan pengguna menekan pada kepingan silikon untuk mengeluarkan ‘nanah’, tindakan yang mirip kepada perlakuan memicit jerawat.

Sumber: Facebook/@PopItPal

Menurut Billy dan Summer, mereka memilih menghasilkan permainan tersebut ekoran taksub melihat jerawat yang dipicit keluar.

Permainan ini direka dengan 15 ‘lubang jerawat’ dengan ‘nanah’ yang boleh diisi semula.

Jika anda mempunyai obsesi yang sama, anda boleh mendapatkan Pop it Pal pada harga US$30 (kira-kira RM120) di laman web mereka.





Source link