Nur Aina dipijak sampai terkencing disebat dengan tali pinggang tentera

12



PORT DICKSON: Tiada siapa yang dapat membayangkan derita yang ditanggung mangsa Nur Aina Nabihah, 9 tahun yang jadi mangsa dera bapa kandung dan ibu tirinya sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Vista Kaya, Lukut, Port Dickson.

Mangsa dipukul dengan tali pinggang tentera, ditendang dan dipijak sehingga terkencing malah pernah dipukul dengan bangku plastik.

Kekejaman tersebut terdedah hasil siasatan awal polis terhadap bapa mangsa yang merupakan anggota tentera serta ibu tirinya yang tidak bekerja.

Kedua-dua mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kematian mangsa.

BACA: Kanak-kanak maut didera, patah rusuk, cedera usus – bapa, ibu tiri ditahan

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, kekejaman itu dilakukan suspek pada malam kejadian.

Malah suspek juga mengaku pernah memukul mangsa dengan kerusi plastik.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan rapi termasuk membawa kedua-dua suspek berusia 36 dan 34 tahun itu ke lokasi kejadian.

BACA: Dera kanak-kanak sampai mati: Bapa dan ibu tiri durjana direman





Source link