RSSCategory: Semasa

Indonesia maafkan Malaysia

Indonesia maafkan Malaysia

JAKARTA: Presiden Joko Widodo hari ini memaafkan Malaysia mengenai insiden bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang diedarkan pada upacara pembukaan sukan itu, Sabtu lalu. Staf Khusus Presiden Bidang Komunikasi, Johan Budi Saptopribowo, berkata presiden itu sememangnya hanya menunggu permohonan maaf dari Malaysia sebaik isu itu timbul. […]

August 21, 2017 | By | Reply More
Gerakan selar Nga kaitkan Jho Low dengan Sukan SEA

Gerakan selar Nga kaitkan Jho Low dengan Sukan SEA

Gerakan menyelar Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming kerana mengaitkan Sukan SEA dengan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, yang merupakan individu utama dalam skandal 1MDB. Naib Presiden Gerakan, Dominic Lau mendakwa Nga berniat jahat kerana mengaitkan skandal 1MDB dengan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung. “Sejak awal, pendirian Gerakan terhadap […]

August 21, 2017 | By | Reply More
Nothing To Hide 2.0: Polis tahan 14 suspek

Nothing To Hide 2.0: Polis tahan 14 suspek

Polis mengedarkan fotofit lapan lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku pada program Nothing To Hide 2.0, 13 Ogos lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata antara lelaki yang dicari ialah Muhammad Hafiz Azhar, 29, Mohd Hafiz Azit, 28, dan Donney Afzal Kaspullidzan, 25. “Justeru, pihak polis […]

August 21, 2017 | By | Reply More
Laskar Merah Putih demo depan kedutaan Malaysia

Laskar Merah Putih demo depan kedutaan Malaysia

Kira-kira 50 anggota pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Laskar Merah Putih hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bagi meluahkan kekecewaan berhubung bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Mereka berkumpul kira-kira dua jam bermula 2 petang di hadapan kompleks kedutaan itu di Kuningan […]

August 21, 2017 | By | Reply More
Pitam atas pokok kelapa

Pitam atas pokok kelapa

LELAKI pengsan dan tersangkut pada sebatang pokok kelapa ketika memanjat pokok berkenaan di Jalan Kampung Gajah, Perumahan Awam Kampung Makmur, Tanjung Tualang dekat Seri Iskandar, petang hari ini. Dalam kejadian 6.15 petang itu, mangsa, Aidam Najman, 25, dikatakan pengsan secara tiba-tiba di atas pokok berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar Zaiful Efandi […]

August 21, 2017 | By | Reply More
[UPDATE] Berebut teman wanita sampai berparang

[UPDATE] Berebut teman wanita sampai berparang

Berebut teman wanita dikenal pasti sebagai motif lelaki ditetak dengan parang di kondominium PV20, Setapak, sebelum penyerangnya ditahan ketika membawa mangsa melalui sekatan jalan raya di Jalan Reko, Kajang, 11.30 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa yang berusia 23 tahun hendak dibawa ke Kajang bagi ‘menyelesaikan’ masalah […]

August 21, 2017 | By | Reply More
Dua beradik dituduh membunuh

Dua beradik dituduh membunuh

DUA beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Besut, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian tetak pada 21 Jun lalu. Tertuduh, Mohd Hafify Mat Nawi, 24, dan adiknya, Mohd Uwais, 22, dari Kampung Raja, Besut mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama di hadapan Majistret […]

August 21, 2017 | By | Reply More
Polis cari 8 individu

Polis cari 8 individu

POLIS sedang mengesan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes insiden kekecohan program Nothing To Hide 2.0 di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam, 13 Ogos lalu. Individu itu dikenali sebagai Muhammad Hafiz Azhar, 29, Mohd Hafiz Azit, 28, Donney Afzal Kaspullidzan, 27, Amar dan Is (nama gelaran) serta tiga individu lain yang belum […]

August 21, 2017 | By | Reply More
Langgar syarat sah lesen

Langgar syarat sah lesen

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan enam awak-awak tempatan dan merampas dua bot pukat tunda kelas B1 kerana melanggar syarat sah lesen di perairan Langkawi, semalam. Timbalan Pengarah Operasi Daerah, Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata, bot pukat tunda pertama ditahan 3.40 petang diikuti penahanan kedua sejam kemudian oleh sepasukan anggota APMM yang menyertai Operasi Satria […]

August 21, 2017 | By | Reply More
Ajal dalam perjalanan ke kampung

Ajal dalam perjalanan ke kampung

PEMUDA maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 81, Jalan Jerangau-Jabur, Bukit Besi di Dungun, hari ini. Mangsa, Faridzul Izham Ahadam, 32, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 6 petang. Pemandu jentolak di sebuah syarikat di Kuantan, Pahang itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Telemong, Kuala Berang. Setibanya […]

August 21, 2017 | By | Reply More