RSSCategory: Teknologi

Celcom Hadir Dengan Pelan FIRST Khusus Untuk Keluarga – GBShare Family Device Bundle

Celcom Hadir Dengan Pelan FIRST Khusus Untuk Keluarga – GBShare Family Device Bundle

Secara umumnya trend penggunaan data pada pengguna telefon pintar boleh dikatakan berkadar langsung dengan umur pengguna. Jika selepas mendapatkan kerja pertama sewaktu menunggu SPM sehingga anda tamat universiti, anda mungkin sedang menggunakan pelan prabayar. Kemudian sampai waktu anda mampu bekerja dan menyara diri, mungkin anda telahpun bertukar menggunakan pascabayar. Namun dilema mungkin timbul apabila anda […]

June 23, 2017 | By | Reply More
Doogee MIX – Peranti Berbingkai Nipis Seumpama Mi Mix Berharga RM1399 Di Malaysia

Doogee MIX – Peranti Berbingkai Nipis Seumpama Mi Mix Berharga RM1399 Di Malaysia

Dengan pengenalan Xiaomi Mi Mix yang menawarkan rekaan bingkai yang nipis sejak 2016 lepas, kita telah melihat populariti peranti-peranti baru dengan bingkai yang sangat nipis semakin popular. Pihak Doogee turut tidak ketinggalan, dan telah melancarkan sebuah peranti dengan seumpama Mi Mix, dan dinamakan sebagai Doogee MIX. Doogee MIX ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan […]

June 23, 2017 | By | Reply More
ZTE Small Fresh 5 Dilancarkan – Peranti Dwi Kamera Dengan Pemproses Snapdragon 425

ZTE Small Fresh 5 Dilancarkan – Peranti Dwi Kamera Dengan Pemproses Snapdragon 425

Kerangka logam dan pengimbas cap jari pernah suatu ketika dahulu hanya ditemui pada peranti utama. Kini ia sudah menjadi fungsi standard pada peranti kelas pertengahan. Dwi kamera ialah sebuah lagi fungsi yang dahulunya hanya wujud pada peranti utama tetapi mula ditemui pada peranti kelas permulaan. ZTE Small Fresh 5 dilancarkan di China semalam dan ia […]

June 23, 2017 | By | Reply More
Maybank Menawarkan Terminal Untuk Menerima Pembayaran Melalui Alipay

Maybank Menawarkan Terminal Untuk Menerima Pembayaran Melalui Alipay

Maybank dan Alibaba telah mengumumkan kerjasama sebelum ini untuk Alipay, yang mana akan membolehkan pengguna Alipay dan pelancong dari China untuk membuat pembayaran dengan mudah di kedai-kedai runcit seluruh negara. Lanjutan daripada pengumuman berkenaan, hari ini Maybank mengumumkan penawaran terminal untuk penerimaan bayaran Alipay oleh kedai runcit. Pengenalan ini dilihat lebih menyasarkan kepada memudahkan penerimaan […]

June 23, 2017 | By | Reply More
“PlayStation 4 Adalah Seperti Sebuah PC Yang Berusia 5 Tahun” Menurut Pembangun A Way Out

“PlayStation 4 Adalah Seperti Sebuah PC Yang Berusia 5 Tahun” Menurut Pembangun A Way Out

A Way Out ialah antara permainan dengan premis menarik yang diperlihatkan di E3 2017. Ia sebuah permainan yang memerlukan dua pemain bekerjasama untuk melepaskan diri dari sebuah penjara. Di dalam temuramah bersama Engadget, Josef Fares yang merupakan pembangun A Way Out mengatakan PlayStation 4 ialah seperti sebuah PC yang sudah berusia lima tahun. Ini mengakibatkan […]

June 23, 2017 | By | Reply More
YouTube Akan Memaparkan Video Menegak Dengan Lebih Baik Selepas Ini

YouTube Akan Memaparkan Video Menegak Dengan Lebih Baik Selepas Ini

Pada cara VidCon hari ini, YouTube telah berkongsi beberapa perkara menarik untuk platform mereka, termasuk memperkenalkan format video realiti-maya baru dinamakan VR180. Selain daripada itu, YouTube juga turut mengumumkan pengenalan sokongan untuk paparan video menegak secara menyeluruh pada aplikasi mudah-alih melalui kemaskini akan datang. Apabila pengguna menonton video menegak selepas ini, anda akan dapat melihatnya […]

June 23, 2017 | By | Reply More
OnePlus 5 Tidak Dilengkapi Zoom Optikal Sepenuhnya

OnePlus 5 Tidak Dilengkapi Zoom Optikal Sepenuhnya

OnePlus 5 dilancarkan minggu ini dengan sistem dwi-kamera yang memberikan  zoom 2X seperti sebuah iPhone 7. Tetapi nampaknya terdapat sedikit salah faham mengenai sistem zoom yang digunakan. Pengasas bersama OnePlus Carl Pei semalam mengesahkan OnePlus 5 tidak dilengkapi sistem zoom optikal 2X sepenuhnya. Sebaliknya zoom sebanyak dua kali ini menggunakan sistem hibrid optikal 1.6X dan […]

June 23, 2017 | By | Reply More
Task Manager Windows 10 Akan Memaparkan Tab Pemantauan Kad Grafik

Task Manager Windows 10 Akan Memaparkan Tab Pemantauan Kad Grafik

Kemaskini untuk Windows Insider Preview sudah boleh dimuat turun sejak semalam. Build 16226 ini membawakan beberapa lagi fungsi baru yang tidak wujud sebelum ini. Antara yang menarik perhatian kami ialah Task Manager kini mempunyai tab khas untuk pemantauan kad grafik. Sejak sekian lama, pengguna Windows perlu memuat turun program dari pihak ketiga seperti CPU-Z untuk […]

June 23, 2017 | By | Reply More
YouTube Memperkenalkan Format Baru Untuk Video Realiti-Maya – VR180

YouTube Memperkenalkan Format Baru Untuk Video Realiti-Maya – VR180

Google sedia menawarkan sokongan paparan video realiti-maya melalui YouTube. Walaubagaimanapun, dalam memberikan pengalaman menonton video baik, mungkin video 360-darjah adalah kurang baik kerana anda perlu pusing 360-darjah untuk melihat kandungan sepenuhnya. Untuk mengatasi perkara berkenaan, dan memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna, hari ini gergasi internet berkenaan memperkenalkan format baru yang dinamakan VR180. Menurut YouTube, […]

June 23, 2017 | By | Reply More
Facebook Memperkenalkan Fungsi Baru Menghalang Penyalahgunaan Gambar Profil

Facebook Memperkenalkan Fungsi Baru Menghalang Penyalahgunaan Gambar Profil

Meletakkan gambar sebenar pada profil media sosial ialah kebiasaan bagi kebanyakan pengguna bagi memudahkan mereka dikenali di dunia sebenar. Tetapi malang sekali gambar profil yang digunakan boleh disalahguna untuk menghasilkan akaun palsu untuk tujuan hasad dan penipuan. Facebook telah memperkenalkan fungsi baru yang menghalang penyalahgunaan gambar profil pengguna. Menerusi fungsi baru ini pengguna tidak boleh […]

June 23, 2017 | By | Reply More